Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Sunday, March 27, 2016

~Kenduri Opismate Hubby~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sabtu minggu lepas bekesempatan makan nasi kenduri. Kenduri kahwin opismate hubby kt Sek 19 Shah Alam. Sabtu lak mgu keempat mmg kami xbekerja la. Biasa la sabtu bangun pon lambat. So breakfast Hi Goat je. 

Dalam jam 12tgh gerak p Shah Alam. Nasi beriyani, ayam goreng tepung, sambal bilik, kurma daging buah limau air oren. Alhamdulillah rezeki hari makan nasi kenduri. 

Selfie jap hubby singgah toilet masjid.

Tahniah pengantin.. Tema biru plak.. I like. 
Lepas kenduri kami gerak ke Midvalley KL konon nk shopping barang baby. Tengok2 ramai manusia beratur. Lastly pusing2 dalam Midvalley. Xreti nk shopping situ. Pastu beratur beli Mcflurry oreo je la. Reti shopping kt GM Klang lagi. 

Mampu tgk poster jer.....
Then keluar cari kereta and keluar la dr Midvalley ni. Pastu terus menuju ke Putrajaya/Kajang. Mudah je dr KL ke Putrajaya nek highway MEX dlm 30 minit dah sampai. Pusing dlm Putrajaya xtaw p mana pastu terasa lapar g makan kat Sate Kajang Hj Samuri. Alhamdulillah. Selesai jam 8.30 mlm gerak ke Uptown Jalan Reko jalan2 cuci mata. Kemudian balik.

p/s see next post....

Saturday, March 19, 2016

~Kenduri Shah Alam with lovely famili~

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Mood makan kenduri. Alhamdulillah rezeki anak. Kenduri En Mustapha di UiTM Shah Alam kawan Mama Chom. So seluruh keluarga dr Arau datang ke KL. Mama Chom Kak Nawal Aqilah Nurin Haziq Kak Ja Abg Awang Maksu dan Mak.

Hari sabtu lepas OT bersiap dah gerak ke Shah Alam..

Sesi wefie kami bersama otw ke Dewan Budiman Shah Alam.. 






Lepas tu decide pergi ke KL SOGO untuk bershopping la kalau mak mak datang KL...  

Dekorasi KL SOGO sempena Tahun Baru Cina.

Saturday, April 18, 2015

Festival Nasi Ambeng... Must Try....

Hari sabtu datang lagi.... Hari ini aku n kleha n klindah dah gathering kuar sama gi festival tu.... Ni geng wifey kuar dating.... Perjalanan ambil masa dalam kurang sejam la jugak ke kampng Baghuris Sepang. Dengan usaha kakleha call kawan dia sebab nk tunjuk homestay tu.. Kami berjaya sampai. 



Ada bermacam gerai jualan makanan n jual baju n tudung. Ada jugak pentas, pameran dari JKNN, FAMA dll. 

Lunch kami dengan nasi ambeng la apa lagi. Xsempat nk snap nasi ambeng kami makan, lapar sangat... Alhamdulillah... 

Masa kami tgh makan sedang berlangsung pertandingan memancing...  Ada yg dapat ikan puyu dll... 

Lepas tu kami lepak kejap tgk diorang mancing, then kami gerak ke Pantai Bagan Lalang sebab kakLindah belom penah sampai lagi. Sempat singgah rumah leeya dan bawak skali pantai... Seronokk dok main2 dengan baby arissa yg bambam comelll...  Lepak sembang gosip kejap kt kerusi sambil menikmati angin pantai. Panas jugak time tu tp kami dok tempat teduh bawah pokok. Dalam jam 5 petang kami pon gerak balik.

Have a nice weekends yallls...









Sunday, March 29, 2015

Family Short Vacay at Port Dickson & Linggi Melaka

Salam Ahad semua....
behabuk la blog ni....
Sibuk sangat xsempat updates...
Jom tgk satu persatu story blog nih....

2 Minggu lepas sepupu aku tamat latihan pen peg imegresen di AIMM Port Dickson. Selama sebulan dia dok training kat sini... 

Jom layan pic... 


Hai pinjam topi jap... Peace yalll..........

Selamat tamat latihan selama sebulannn daa.............

Antara yang hadir umtuk hari tamat latihan di AIMM....

Tahniah tiqah.... Selamat bertugas..... Dapat posting kt KEM Imigresen Putrajayaa....

Jommm balikkk.... 

VRooommmm action nek boatt.... Ni masa kt tempat keja pakcik kt Pejabat MARITIM Kuala Linggi Melaka.... BEstttt

Sebelum tu dinner kami kt Restoran Terapung Kuala Sg Baru Melaka. Kat jeti kapal kt Melaka, xtaw nama apa.. WEFIE time!!!

Kt KLIA tgu flight mak n maksu... Aku n Tiqah ambik cuti sebab nak sent mak kami... We LOVE U....

Tuesday, January 27, 2015

Friendly Match KMS - KMM Part 1

Huhhhh sakit kaki belom reda... sebab main netball nih. 
Minggu lepas warga KMS yang terlibat dengan Bola Sepak Badminton Bowling Netball telah turun ke Melaka untuk Perlawanan Persahabatan. Kebanyakan staf sokongan pergi naik bas bersama Tuan Timbalan En Salleh.

Hari Jumaat jam 4.45ptg kami bertolak ke Melaka dengan bas kolej. Perjalanan mengambil masa 2 - 3 jam jgk la.
First place kt Melaka kami singgah Mahkota Prade untuk game Bowling. Ramai juga join Bowling termasuk aku. Main 1 nama tapi 2 orang yang baling nye.. iaitu Kak Saemah dan Jain. Ok la game kami tu. Jom layan photos... 
Kredit photo to Jain n Kak Yati.










Lepas game tu kami bertolak ke KMM untuk tido. Kami staf perempuan ditempatkan di Rumah Tamu Perempuan. Kami ada 11 org staf perempuan.
Badan dah letih semua tido lenanyaaa....

p/s : See Part 2 ye....


Wednesday, September 10, 2014

Holiday Merdeka Melaka with love : Part 1

As salam.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia
Skrg nih kita dalam bulan kemerdekaan lagi kann..
Lupa nk ucapkan Selamat Hari Merdeka ke - 57 Malaysia. Alhamdulillah negara kita dalam keadaan aman damai sentosa dan ceria.

Tema 2014: Disini lahirnya sebuah cinta Merdeka 57.
Disebabkan cuti merdeka 3 hari so aku plan g bercinta bersama enSuami. On the spot je plan... en Suami pon kata okay.. pastu jalan laaa..... Merdeka berkaitan sejarah so jom pegi Melaka...
Siap book hotel semua dan get ready to go. 

Hari Sabtu jam 11 kami bertolak ke Melaka dengan menggunakan highway Nilai dalam masa 2jam lebih jugak la tgk waze. Al kisahnya.... lepas naik highway Nilai tu kereta punya la banyak baq hang. Jammed jammed... Pastu dok pikiq la laki bini pasai apa la jammed... Lupa hari cuti Merdeka pakat balik kg la klu depa arah ke selatan Johor semua tu.... heheheh dugaannn.... Dari masa 2 jam ke Melaka sampai 4jam ke Melaka. Singgah RnR Seremban kejap pastu terus perjalanan... Memang kereta banyakkk... xpela dugaannn.
Pastu follow waze cari Hotel Pantai Puteri punyalah jauhhh masuk kampung2. Ye la dekat pantai selalunya mmg ke dalam hotelnya. Waaa hotelnya betul2 depan pantai... Saya sukaaaa........  
Alhamdulillah berjaya cek in jam 3ptg... Nek bilik rehat2 jap pastu tgu ptg sikit nak mandi kolam.. Kat pantai puteri tu mandi hari last nak balik nnti lahh.
en Suami contact kawan dia yang dok kt Melaka ni dan plan ajak makan malam sekali. Dia bawa kami p ke Bukit Umbai Melaka.
Dia macam di Kuala Perlis la tetapi restoran terapung dalam laut. Boleh tahan best jugak masakan n layanan Restoran ni.
Lepas kenyang kami pon nk balik rehat la. Hari pertama kami pergi ke Umbai je la.

p/s: See u next Part 2.....

Monday, March 17, 2014

Aktiviti Ahad Kami

Selamat pagi ISNIN...
Mulakan dengan ceria setelah bercuti 2 hari uols...
Alhamdulillah tahap kualiti udara di Banting makin elok dan nampak dah awan-awan yang biru. Keadaan yang nyaman selepas hujan turun. Syukur padamu Ya Allah.

Seperti biasa aktiviti kami suami isteri di hari Ahad. Sabtu dah masing kerja lebih masa. Ahad je la yang kami free untuk sama-sama menghabiskan masa terluang kami berdua. 

After lunch tu, decide la nk p berjalan. So kami menuju ke Putrajaya, mana tau ada event-event ke. Huhuu tapi tak ade. So terus ke Alamanda. Time tu hujan turun dengan nyamannya. Biasa la Alamanda tak ramai orang tak sah. Time cuti pulak tu. Dah siap parking semua kami menuju pintu masuk. First kedai kami masuk MPH Store. Teruja nak cari novel terbaharu. Ramai budak budak ni, maklum la depa dapat Baucar Buku 1 Malaysia. Pakat kelim beli buku la. Bagus beli buku yang berfaedah ye adik-adik. 


Pusing sana sini belek novel itu novel ini. Dan xambik novel apa-apa pon. Just see saw je.. Hihihii... 

Pastu jalan la beriringan tangan berduaan. Pastu enSuami nk beli RotiBoy. Pegi kedai tu dan beratur beli.
Teringin CoolBlog pulak sebab nampak budak-budak sekolah ni beli. Cari la kami satu bangunan tu. Takjumpa CoolBlog tu. Pastu decide beli Chatime. Aku order Pearl White Tea dan enSuami Vanila Rainbow Jelly. 

Dah bosan jalan dalam Alamanda tu kami kuar pegi ke Dataran Putra nak minum2 petang kami la.
Tapi hujan renyai2 lagi time tu. Kami pon bawa payung masing2 berjalan turun nak tgk tasik. Ada jugak yang naik cruise tu. 



Dah nak dekat jam 5 petang kami rasa nak balik la. Google tgk movie best. Huuu apa lagi balik dengan selamatnya tiba di KMS. Nak book online line tak okay la pulak. So kami balik rumah mandi dan keluar semula menuju Aeon Bukit Tinggi Klang. Memang macam ni la kalau idea gila. Pegi Putrajaya pastu balik Banting malam keluar pegi Aeon Klang pula.



So kami layan movie dengan jayanya.  

Alhamdulillah Hari Ahad yang seronok bersama enSuami.

:::Anisazizi baby:::

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

:::Raikan Cinta:::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Renungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...