Showing posts with label Anisazizi. Show all posts
Showing posts with label Anisazizi. Show all posts

Sunday, January 1, 2017

~Happy New Year 2017~


Alhamdulillah tahun 2017 bersama keluarga kecil saya bertiga dengan suami dan baby.



Masuk bulan ni Razin 6 bulan hjg bulan ni. Kejap je dah 6 bulan. Dah kena siapkan nak bagi makan.

Dah siap google fb semua cara buat puree buah dan sayuran.







Friday, November 25, 2016

Happy Anniversarry 5th Niszie~Razin 4 month

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia...

Happy Family Till Jannah
Tanggal 25 November 2016 cukup la 5 tahun usia perkahwinan kami... Anis dan Zizi. 
Ulangtahun kali ini amat bermakna dengan kehadiran si kecik anak pertama kami Syafiq Razin bin Sazizi. Alhamdulillah. Syukur dengan segala anugerah terindah ini.

Semoga ikatan perkahwinan kami di jalan yang diredhai Allah. 
Semoga perkahwinan kami kekal sampai ke jannah. 





Syafiq Razin 4 bulan.
Happy Family Till Jannah

Sunday, March 27, 2016

~Kenduri Opismate Hubby~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sabtu minggu lepas bekesempatan makan nasi kenduri. Kenduri kahwin opismate hubby kt Sek 19 Shah Alam. Sabtu lak mgu keempat mmg kami xbekerja la. Biasa la sabtu bangun pon lambat. So breakfast Hi Goat je. 

Dalam jam 12tgh gerak p Shah Alam. Nasi beriyani, ayam goreng tepung, sambal bilik, kurma daging buah limau air oren. Alhamdulillah rezeki hari makan nasi kenduri. 

Selfie jap hubby singgah toilet masjid.

Tahniah pengantin.. Tema biru plak.. I like. 
Lepas kenduri kami gerak ke Midvalley KL konon nk shopping barang baby. Tengok2 ramai manusia beratur. Lastly pusing2 dalam Midvalley. Xreti nk shopping situ. Pastu beratur beli Mcflurry oreo je la. Reti shopping kt GM Klang lagi. 

Mampu tgk poster jer.....
Then keluar cari kereta and keluar la dr Midvalley ni. Pastu terus menuju ke Putrajaya/Kajang. Mudah je dr KL ke Putrajaya nek highway MEX dlm 30 minit dah sampai. Pusing dlm Putrajaya xtaw p mana pastu terasa lapar g makan kat Sate Kajang Hj Samuri. Alhamdulillah. Selesai jam 8.30 mlm gerak ke Uptown Jalan Reko jalan2 cuci mata. Kemudian balik.

p/s see next post....

Saturday, March 19, 2016

~Kenduri Shah Alam with lovely famili~

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Mood makan kenduri. Alhamdulillah rezeki anak. Kenduri En Mustapha di UiTM Shah Alam kawan Mama Chom. So seluruh keluarga dr Arau datang ke KL. Mama Chom Kak Nawal Aqilah Nurin Haziq Kak Ja Abg Awang Maksu dan Mak.

Hari sabtu lepas OT bersiap dah gerak ke Shah Alam..

Sesi wefie kami bersama otw ke Dewan Budiman Shah Alam.. 






Lepas tu decide pergi ke KL SOGO untuk bershopping la kalau mak mak datang KL...  

Dekorasi KL SOGO sempena Tahun Baru Cina.

Tuesday, January 5, 2016

~Buku Pink dan Klinik Kg Bandar Banting~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

Lepas balik dari Ganu hari Ahad, so decide pegi klinik buat buku hari Selasa. Pagi tu kami breakfast kemudian ke Klinik Kg Bandar. Alhamdulillah xberapa ramai orang sgt. 

Sampai kaunter bgtau nurse nk buka buku pink. Dia minta IC suami dan isteri. Pastu ikut nurse tu pegi satu bilik nk isi maklumat kat buku pink. Dia xminta pulak sijil nikah, bil air bagai. Maybe sebab bawa suami sekali kot. Lepas tu tunggu nak ambik darah untuk cek HIV test, talasemia dan jenis darah. Satu tabung uji kecik dia cucuk. Hermmm redha. Alhamdulillah HIV test talasemia negative. Ok kemudian pegi makmal untuk air kencing (cek mengandung positive kot). 

Lepas balik dr makmal bawa buku pink masuk ke bilik rawatan untuk jumpa doktor. Soal itu ini. Ok alhamdulillah xde pening muntah2. Just letih dan penat badan dan xlalu makan. Doktor tnya makan vitamin apa aku cakap acid folic. So lepas ni doktor suh consume obimin. Masa baring doktor scan perut.. Alhamdulillah dah nampak si kecik dalam rahim. Masa ni 9 weeks. Kemudian ambik ubat dan boleh balik. 




Aminn... Lol.



Monday, January 4, 2016

Holiday with LOVE~Terengganu~BabyMoon~Anniversarry Part 1

Assalammualaikum dan Happy Holiday....

Sempena anniversarry ke-4 2015 so dh siap plan nak pegi honeymoon lagi... Alhamdulillah semua berjalan lancar. Masa booking tiket AirAsia belom ada ura-ura mengandung lagi. So booking la dulu tiket flight ni sebab tengah murah. Antara dua sebenarnya Langkawi atau Terengganu. Masa booking ni bulan Nov 2015 so nk terbang ke Ganu in sha Allah Jan 2016 cuti new year.. Jumaat-Ahad. 

Story pasal mengandung.

Mula mula sekali... miss P xdatang. Last period 30 okt 2015. Awal Disember xdatang jugak dalm 2 3 hari. Pastu decide cek UPT. Nek dua line. Pastu dalam seminggu cek lagi 2 line jugak. Awal Disember lepas kami balik Perlis untuk kenduri Hizamir anak makngah Na. Time ni balik nek bas. So memang take care lebih la. Bawa bantal lapik punggung dan doakan kandungan dalam keadaan baik. Alhamdulillah sampai rumah abah jemput di Kangar dan bagitau mak nak pegi klinik sebab 2 minggu xperiod. Mak pon macam teruja. So pergi ke Klinik Faizah kt Kangar untuk pengesahan mengandung. Alhamdulillah doktor cakap mengandung dalam 5 weeks gitu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kena jaga baik2 dan jangan lasak2. 

Gambar xbanyak sangat ambik masa pegi Ganu. Maklum la risau kandungan. Sebelum terbang pegi cek up Hospital Metro Banting nak scan. Alhamdulillah. Bgtau doktor nk terbang ke Ganu doktor bagi ubat kuatkan rahim dan baby mkn 2 kali sehari. 
Alhamdulillah. Safely landed kat Sultan Mahmud Airport. Nice airport. 


Belanja gambar kenduri Makngah Na. Gambar bersama pengantin Hizamir dan Amira. Tahniah... Time ni keja duduk je xbuat kerja berat. Jaga khemah penyambut tetamu... Alhamdulillah. 



........................See next Part 2......................





Friday, January 1, 2016

Happy New Year 2016....

Assalamualaikum selamat tahun baru 2016.... Semoga tahun baru ini memberi seribu makna...




Permulaan yang baik bagi tahun 2016. Tak reti nak mula kan dr mana.... Anis dan Suami sangat bersyukur dan gembira perkhabaran yang baik ini. 


Monday, January 12, 2015

Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Happy New Year 2015


1st wefie for 2015

2nd wefie for 2015
dah masuk minggu ketiga 2015 baru nk wish ke.... heheheh biarlaaa baru 3 minggu... Moga segala yang dihajati untuk tahun 2015 akan dimakbulkan. In sha ALLAH......

:::Anisazizi baby:::

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

:::Raikan Cinta:::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Renungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...