Showing posts with label Apa saja Anis. Show all posts
Showing posts with label Apa saja Anis. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

~BFF Outing~

As salam... Salam Sejahtera...
Kemarin berkesempatan untuk dating dgn BFF iaitu Puan Zirah. Sebab dia off duty on je la date kami.

Semalam decide nak p Setia Alam Mall. Tak pernah pergi la katanya. So ikut je la sebab dia yang drive.
Buka GPS la konon nak cari tempat tu. Senang je jalan dia naik highway dari Bukit Raja tu lalu NKVE terus jer nampak signboard Setia Alam... Masuk kiri lepas tol terus lagi belok kiri dan jumpa lah tempat tu.
 
Dah siap masuk ambik tiket parking masuk la kami dalam mall itu. Waaa luas lenggang cantik la jugak. Banyak outlet kedai kat situ. Now cari tempat makan la dulu beb... 

Nak makan apa??? huhuh 
Try je la. Kalau tak try kita tak tahu. Hentam la zirah anis oiii....

 
 


Manggo devavasss..... love it....

Ni menu anis.... Ada nasi ada ayam grill.... huhuh okay la.....

Peace but not.... its okay..... lol


RIB add salmon add fresh corn...

Apa ke nama makan zirah nih.... Pelik nak sebut... Layannn.....

Add gula tau... Pahit kot x letak gula.... Ngeeee....

Ni pembuka makan la kot. Roti dan butter dia sedap... Not bad....

Secawan cuppucino beb... Layan... Besttt....



 
Tq BFF.... I'm very appreciate you for accompany me. Love u Forever Siti Nazirah.

p/s: see next post....

Monday, February 17, 2014

Pasar Seni-Central Market dan Masjid Jamek Kuala Lumpur

As salam... 
Good morning...
Selamat pagi...
Guten Morgen....
(dah petang pon baru nak update blog ni)

Sabtu lepas pihak admin KMS telah buat satu lawatan untuk staf sokongan.
Lawatan ke Karnival Kucing 2014 di Putrajaya.
Bas bergerak jam 8.45pagi dan tiba di Putrajaya dalam jam 9.45pagi.












Next destination plak p KLCC... Yang menarik di KLCC ialah Petrosains,  Aquaria, TGV cinema, shoping complex dll. So kami decide nak round KL...

Pusing KLCC tu cari LRT. Nek LRT dari KLCC ke Pasar Seni. Dah sampai Pasar Seni cari la pulak tempat makan. Kenyang jalan la kt Pasar Seni. Huhu first time msuk Pasar Seni. Kt sini ada hasil kraftangan buatan Malaysia. Hasil karya seni la yang terdapat dalam Malaysia. Nak tau layan je gambar berikut.






Sampai situ saja di Pasar Seni. Lepas tu kami berdua naik LRT ke Masjid Jamek pulak. Nak cari tudung dan beg sendeng. Naik LRT dari Pasar Seni ke Masjid Jamek RM2 kami berdua. Ramai jugak manusia kt Masjid Jamek. Kt sini gerai-gerai jualan dia macam dekat uptown la. Beg tudung kasut kerongsang macam2 ada kat Masjid Jamek. enSuami dah sakit kaki dah berjalan2 sana sini. So decide balik KLCC naik LRT jgk la. 

Lebih kurang jam 5petang naik bas gerak balik KMS. Jam 6.30petang selamat sampai di KMS.

Huhuhu boleh tahan jgk na berjalan KL. Tp best. Boleh mengisi masa lapang dan dapat satu hari kursus. 

p/s See u next post....



Friday, February 14, 2014

Tamat Pengajian ~ Alhamdulillah

Jumaat yang penuh berkat....

Alhamdulillah... syukur atas nikmatnya....
Bergembira bersama yang tersayang....

Hari ini result exam kuar.... (exam ker... result yang wat thesis tu laaaa... ).. Result masuk dalam emel so leh tgk terus. Ahahah pagi td baru bukak, semalam xdan tunggu sampai jam 12 dh lena....

Wahhhh perasaan happy gembira seronoknya hingga tak terkata.... syukur sangat.


Tamat sudah pengajian ijazahku selama lebih kurang 5 tahun. Susah senang nek turun bas pi balik perlis mai balik banting. Dugaan enSuami kena tinggal dll...

Terima kasih kepada mak abah... abang adik dan suami tercinta kerana sokongan dan dorongan dan keprihatinan dalam membawa menghantar aku pergi belajar.



Mood Konvo

Thursday, February 13, 2014

Holiday New Year ~ with BFF

dah masuk bulan kedua dalam tahun 2014. citer nk bagitau ni dah sebulan lepas kejadiannya. takpa janji update. huhuhu....

malam sambut tahun baru tu dah wassap si nazirah ni. ok on sebab dia n hasrul off duty. 

memandangkan New Year KL dan Selangor cuti memang tepat skali kami bercuti dan together gathering la. Lama gak la xjumpa depa dok wassap FB je. So kesempatan cuti tahun baru ni la kami berjumpa.  nasib baik jugak opis enSuami pon cuti.

jam 9 pagi kami gerak menuju ke Sunway Lagoon. 






Wedding AbgMir Kakfar ~ Part 2

Ni sambung citer wedding abgmir. Dah lama tp masih freshh... Hahahah. Mood ghajin nak update blog.








Wednesday, January 29, 2014

Selamat Tahun Baru 2014~Cuti Tahun Baru Cina

Salam Tahun 2014... 

terlambat nak update... dah nak hujung bulan Jan da... Pastu raya cina. Cuti la 3 hari balik Perlis. Sebab rumah tok arau nak buat tahlil untuk arwah chaq. Pakat2 balik la sume. Alhamdulillah moga selamat dalam perjalanan ke Perlis. 



Friday, December 27, 2013

Part 2 ~November Vacation~

woooo lambat update nih.....dh end of december 2013 friday

selepas mendaki Bukit Tinggi kami bergerak memanjat Genting Highland pulak...  
Lepas cek out dr Colmar Tropicale, kami lunch dulu di restoran di Colmar. 
After lunch kami bergerak ke Genting Highland. Pusing2 nek bukit terlajak dari Hotel Seri Malaysia. So kena patah balik.  
Dah cek in semua, rehat jap. Dalam jam 4ptg kami terus pegi ke kable car stesen nek Genting. Hujan renyai2 masa tu. 
Sampai kaunter ticket beli tiket pegi balik nek dan turun Genting. Then start posing lah....


Ramai gak manusia kt atas tu.... Jalan2 posing bergambar then masuk ke Snow World. Ok la best menikmati keadaan sejuk beku bersalji ala ala dok luaq negara. Kamera tidak dibenarkan masa masuk Snow World. Huhuu xde pic dalam Snow World tu. Ambik pic kt luar jer laa....





After cek out ronda2 ladang strawberi berdekatan hotel. Dan berposing2.
Then terus gerak balik ke rumah. Dalam jam 8.00mlm sampai rumah. 
Alhamdulillah selamat.

......see u next post.....

Monday, November 18, 2013

~November Vacation~Part1

Alhamdulillah November datang lagi...
plan November tahun ni memang best...ada rezeki terlebih sikit boleh bercuti kami suami isteri. percutian bulan ni memang best sebab dirancang dengan baik.... 

Tempat pertama: Colmar Tropicale Berjaya Hills 
Bukit Tinggi Pahang. 

Taktau nak mula dari mana... Kami bergerak dari Banting hari sabtu pagi. Jalan ke sana agak jem sebab musim cuti perayaan Deepavali. Alhamdulillah perjalanan kami sampai dengan selamat. Dengan jalan berbukit bukit tinggi noo.... Kami sampai jam 12tgh. So kami ke Japanese Garden atas lagi dari Bukit Tinggi ni. 

  Penat sangat dah ni panjat bukit. Kt Japanese Garden ada Botanical Garden. Pokok pokok herba n pokok bunga ada kt sini. 
Selain ada kedai cenderamata di tengah2 bukit. Perkampungan Jepun tu kami tak pegi sebab dah lenguh kaki nk panjat bukit dan xcukup masa nak cek in hotel. Sempat beli ais krim bagi menghilangkan dahaga panjat bukit. Suasana sangat nyaman tapi xberapa sejuk sangat sebab tengahari panas skit. 



Jam 3ptg kami turun ke Bukit Tinggi untuk cek in hotel. Punya la beratur panjang dan berjemur panas la kejap. Ramai orang la pulak maklum la hari minggu. Huhuhuhu.... Dari jam 3.03ptg sampai 3.36ptg baru dapat masuk bilik. Sakit kaki berdiri beratur dengan peluh meleleh. Dah masuk bilik, rehat jap pastu keluar la tengok2 apa yang best.... Pppurrttt.... Perut laapparr..... Lepas itu mula la sesi bergambar semua..... 




Pemandangan di malam. Sangat cantik dan best.

Bergambar dengan raplika yang ada kat situ

Jalan jalan di sekitar kawasan Colmar Tropicale
Raplika yang sangat menarik dan kreatif

Moga dapat datang lagi.

Bilik 3205 Blok Camelia


Bersama jam besar

Rona roni Colmar Tropicale
Dah habis ronda sana sini kami balik bilik untuk berehat sementara belom malam. Bilik dia pun luas dan cantik. Bilik kami menghadap kolam mandi. Tapi xdan nak p mandi kolam enSuami tertido keletihan sebab memandu dari pagi.
Lepas magrib kami bersiap makan malam, dan ronda jalan sekitar kawasan situ. Best suasana di situ dengan sejuk2 angin sepoi bahasa mendamaikan jiwa kami. Ada kedai cenderamata, restuarant makan, kedai pizza, pusat urut, pentas utk persembahan harian, kedai kek dan pusat permainan game bagi kanak-kanak. 
Selesai makan malam kami naik ke bilik dan berehat untuk destinasi kedua kami esok hari. Semoga selamat perjalanan kami. 






:::Anisazizi baby:::

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

:::Raikan Cinta:::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Renungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...