Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Sunday, March 27, 2016

~Kenduri Opismate Hubby~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sabtu minggu lepas bekesempatan makan nasi kenduri. Kenduri kahwin opismate hubby kt Sek 19 Shah Alam. Sabtu lak mgu keempat mmg kami xbekerja la. Biasa la sabtu bangun pon lambat. So breakfast Hi Goat je. 

Dalam jam 12tgh gerak p Shah Alam. Nasi beriyani, ayam goreng tepung, sambal bilik, kurma daging buah limau air oren. Alhamdulillah rezeki hari makan nasi kenduri. 

Selfie jap hubby singgah toilet masjid.

Tahniah pengantin.. Tema biru plak.. I like. 
Lepas kenduri kami gerak ke Midvalley KL konon nk shopping barang baby. Tengok2 ramai manusia beratur. Lastly pusing2 dalam Midvalley. Xreti nk shopping situ. Pastu beratur beli Mcflurry oreo je la. Reti shopping kt GM Klang lagi. 

Mampu tgk poster jer.....
Then keluar cari kereta and keluar la dr Midvalley ni. Pastu terus menuju ke Putrajaya/Kajang. Mudah je dr KL ke Putrajaya nek highway MEX dlm 30 minit dah sampai. Pusing dlm Putrajaya xtaw p mana pastu terasa lapar g makan kat Sate Kajang Hj Samuri. Alhamdulillah. Selesai jam 8.30 mlm gerak ke Uptown Jalan Reko jalan2 cuci mata. Kemudian balik.

p/s see next post....

Saturday, March 19, 2016

~Kenduri Shah Alam with lovely famili~

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Mood makan kenduri. Alhamdulillah rezeki anak. Kenduri En Mustapha di UiTM Shah Alam kawan Mama Chom. So seluruh keluarga dr Arau datang ke KL. Mama Chom Kak Nawal Aqilah Nurin Haziq Kak Ja Abg Awang Maksu dan Mak.

Hari sabtu lepas OT bersiap dah gerak ke Shah Alam..

Sesi wefie kami bersama otw ke Dewan Budiman Shah Alam.. 






Lepas tu decide pergi ke KL SOGO untuk bershopping la kalau mak mak datang KL...  

Dekorasi KL SOGO sempena Tahun Baru Cina.

Monday, January 4, 2016

Holiday with LOVE~Terengganu~BabyMoon~Anniversarry Part 1

Assalammualaikum dan Happy Holiday....

Sempena anniversarry ke-4 2015 so dh siap plan nak pegi honeymoon lagi... Alhamdulillah semua berjalan lancar. Masa booking tiket AirAsia belom ada ura-ura mengandung lagi. So booking la dulu tiket flight ni sebab tengah murah. Antara dua sebenarnya Langkawi atau Terengganu. Masa booking ni bulan Nov 2015 so nk terbang ke Ganu in sha Allah Jan 2016 cuti new year.. Jumaat-Ahad. 

Story pasal mengandung.

Mula mula sekali... miss P xdatang. Last period 30 okt 2015. Awal Disember xdatang jugak dalm 2 3 hari. Pastu decide cek UPT. Nek dua line. Pastu dalam seminggu cek lagi 2 line jugak. Awal Disember lepas kami balik Perlis untuk kenduri Hizamir anak makngah Na. Time ni balik nek bas. So memang take care lebih la. Bawa bantal lapik punggung dan doakan kandungan dalam keadaan baik. Alhamdulillah sampai rumah abah jemput di Kangar dan bagitau mak nak pegi klinik sebab 2 minggu xperiod. Mak pon macam teruja. So pergi ke Klinik Faizah kt Kangar untuk pengesahan mengandung. Alhamdulillah doktor cakap mengandung dalam 5 weeks gitu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kena jaga baik2 dan jangan lasak2. 

Gambar xbanyak sangat ambik masa pegi Ganu. Maklum la risau kandungan. Sebelum terbang pegi cek up Hospital Metro Banting nak scan. Alhamdulillah. Bgtau doktor nk terbang ke Ganu doktor bagi ubat kuatkan rahim dan baby mkn 2 kali sehari. 
Alhamdulillah. Safely landed kat Sultan Mahmud Airport. Nice airport. 


Belanja gambar kenduri Makngah Na. Gambar bersama pengantin Hizamir dan Amira. Tahniah... Time ni keja duduk je xbuat kerja berat. Jaga khemah penyambut tetamu... Alhamdulillah. 



........................See next Part 2......................





Saturday, December 20, 2014

Riang Ria BFF

Sejak2 lepas kahwin ni aku n Hanim jarang pulak kuar dating... Lepas kenduri Wani tu aku decide follow dia gi rmh tok ngah dia ada majlis pertunangan sedara dia... Wooowww sangat vouge gilerr tu majlis tunang... Siap ada banner majlis bertunang, photo booth, pelamin tunang dll... Hebat kan... Kami yg dtg ni pon melaram la dia semua2 vouge tu... hahahaha layan kan jer laaa... Best sgatttt.. Kami makan laksa dan kuih seri muka.... sedddappp sagttt... Alhamdulillah. Setelah selesai makan, aku ajak Hanim g Padang Besar. Hujan la hujan pulak perjalanan kami ke sana. Aku pandu keta dengan cermat dan berhati2. Sampai di Padang Besar susah jgk nk dapat parking... Ronda dalam 3 round nmpak kosong je terus masuk.... Benda wajib setiap kali ke Padang Besar sabun susu beras dan air untuk seterika baju. Tak boleh nak beli banyak2 sebab orang nak angkatnya xkuat.... Kejap je singgah situ sebab nk dekat malam risau nk drive dengan hujan xhenti2. Alhamdulillah kami selamat sampai rumah.






Majlis Kahwin Hazwani dan Ery

Salam 1 Malaysia...Tahniah diucapkan kpd kawan baik dari Sekolah Menengah Nurul Hazwani aka Wani.Aku bekesempatan menjadi pengapit Wani... Aku balik dgn Tiqah naik AirAsia. huhuhu. Seramm jgk nak naik flight ni. Tp alhamdulillah selamat sampai. Pagi Jumaat en Suami hantar ke KLIA2. Sampai Alor Setar mak mai ambik kami.
Petang dalam jam 3 ptg siap2 nak ke rmh Wani majlis akad nikah. Dalam jam 4 gerak ke masjid berdekatan rmh wani. Sampai di majlis ada sepasang pengantin dok nak akad nikah jugak. Wani n Ery ni 2nd la utk dinikahkan. Tepat jam 4.30ptg wani telah selamat diijabqabul dan menjadi status PUAN.




 Pada keesokan harinya jgak aku telah bawa wani pegi make up.... kul 8 pagi gerak dari rmh pegi ke Seriab tempat make up. Tup tup kami org ke-4.. Dia suh dtg jam11 pagi... Huuu kami pon xtaw nk kemana... terus je ke KFC 24H Kangar. Lepak2 makan bubur pastu dekat kul10 wani ajak ronda Kangar dia nk cari brooch utk dia pakai dengan baju pengantin nanti. So lpas tu kami pergi balik ke butik pengantin. Sementara tunggu tu aku pon teringan nk lukis inai di tangan.



   

Thursday, September 18, 2014

Jalan-jalan cuti Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia ye seluruh warga Malaysia...

credit to en Google

Sebelum cuti Malaysia ni kami balik ke Perlis malam Jumaat tu. Alang pegi kenduri Naim balik Perlis skali laa... Sekali dengan cuti sekolah seminggu plak tu. 
Hari Isnin tu rmh tok buat majlis tahlil. Balik Perlis kali ni berjumpa dengan hujan je... Bestt la hujan... sejuk sikit. Hari majlis rumah tok berjalan dengan lancar baik sekali. 
Ok plan nak p kenduri opismate hari selasa tu di Pendang. Jam 11.30 pagi bertolak dari rumah mak abah. Dalam jam 1 ptg kami sampao Dewan Sek Men Keb Pendang majlis kenduri Naim & Nadia. Geng KMS yg naik bas pon ada sekali tgh makan tu. Elok2 la kami sampai tu semua ada. Nasi minyak, daging kurna ayam merah. Laksa pon ada tapi macam kenyang... Sambil sembang makan dengan geng opis. Dewan agak ramai orang time kemuncak tu. Pastu dah sudah makan pakat nak bergambar. Layan gambar ye...


Selamat Pengantin Baru Naim & Nadia

Geng Library in the Kedahhh.... skali dgn kak Ana Makmal

Mereka pernah menjadi HOUSEMATE ok...

Tgh queu up nak bergambar dgn pengantin, kita pose dulu....

Pelamin berendoi anak sedara Naim.... With Kak Leha...

We are yellow and black....

Girls only.... Pinjam pengantin perempuan kejap.... 
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Lepas kenduri tu kami gerak ke Sg Petani nak jalan dating konon. Lepas tol utara Sg Petani kami terus je jalan ke UiTM Merbok nak mengimbau kenangan. Banyak betul perubahan jalan ke UiTM tu. Xsempat nak snap gambar UiTM tu. Pastu terus la ke bandar dan ke Amanjaya Mall. Besarrr je shopping mall ni, keta pon banyak maklum la hari cuti...Ronda2 jalan2 sana sini ke hujung ke atas ke bawah shopping mall then decide lah balik. Before that singgah kedai roti n chatime untuk bekal makan dalam kereta sementara nak sampai Taiping. 
Belon kedai kasut OPERA... orang bagi ambik lahhh.

BMW tuu .... 

Rotinyaa....

Amanjaya Mall SP.

Yup pegang belon jgk... ahahah

tq opera...



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pastu plan nak makan Mee Udang Taiping di Kuala Sepetang. Jam 5.30ptg dari Sp kami gerak ke Taiping guna waze nk cari Mee Udang Makteh Kuala Sepetang. 
2 mangkuk mee udang....

kidnap gambar dalam google sebab kami sampai dah malam...
Alhamdulillah kenyang... Siap tapau lagi tau mee udang 2 bungkus. Woot woot bukan selalu datang bungkus je la.... 

Kemudian kami meneruskan perjalanan balik ke Banting.. singgah rnr sg Perak untuk rehatkan dan segarkan badan kami. Dan seterusnya perjalanan diteruskan.
Kami sampai di kuaters jam 2.pagi... Samb tido esok pegi keja pulak.

~~~dadadadada~~~

p/s: see next post










Sunday, May 26, 2013

Kenduri Khalis & Mihah Outing =,=


Tahniah Khalis dan Isteri... Welcome to the club... Husband Wifey

salam...
hari ini free and duk rmh saja..... 
(dalam kepala otak mau pegi Jom Heboh Putrajaya.... kena tnya Big Boss dulu la dia larat ke dak..... 50-50 rasa.....
semalam punya pusing satu kolumpo sana sini situ....
apa pon selamat sampai rmh.... biasa lah masuk kolumpo salah jalan skit dah pegi mana ntah....
ok jam 12tgh gerak ke bangsar utk kenduri classmate UiTM Merbok Khalis dan pasangan. Kami pegi jemput Samihah Nor di LRT Kerinchi. Majlis kenduri di Kompleks Sukan Bangsar. Dalam 15 minit sampai la Kompleks Sukan tu.... Kami sampai agak lambat so org pon makin kurang tp lauk kenduri masih ada. Pengantin pon ada.... hehehehehe.... 



Alhamdulillah selamat sudah member sorang ni.... Who next??  kita tunggu.....
After kenduri kami p jalanKLCC.... Peghhh ramai manusia. Huh hari cuti semua keluar bersama famili beriadah jalan makan shoping..... Kami rancang mau tgk wayang, pegi TGV mak aiii beratur sampai tangga.... So decide pegi minum dan mihah offer tgk wayang dekat Shemelin Mall kt rmh dia. Elok la tu boleh kami hantaq dia balikk ... wakkakakaa....


ok la Shemelin Mall Ampang not bad.. dia mcam mall baru nak naik.... Then buy ticket tgk citer The Great Gatsby. Boleh kasi 3 bintang la movie tu. Next send mihah home dan kami pon gerak balik Banting. Jam 1pagi jugak sampai..... perghhh penat la sgt.....


So plan ke Jom Heboh Putrajaya.... ?????

ok see yea next....

Tuesday, October 30, 2012

Salam AidilAdha....

Salam Aidiladha....  

Tahun ni beraya korban bersama MrSuami tercinta.

Banyak majlis kenduri korban yang ada. Semua makanan daging. Ada jugak hidangan ayam dan ikan.

Jangan makan banyak sgt.. berjaga-jaga dgn penyakit Orang Kaya.... 

Tahun ni beraya haji xdak bergambar bersama famili & mrSuami. Raya Haji di rmh ibu mertuaku di Sanglang. 
Pagi raya pegi solat hari raya, pegi ziarah kubur arwah ayah dll.
Takdak xtvt yang menarik raya ni. Just pegi makan2 kenduri korban sekitar kampung.

Raya kedua balik rmh ibuku. Petangnye pegi ke Pdg.Besar memborong barang2 yg org kirim. 

Ramai sungguh manusia... Sume plat keta luar Perlis. Dua kali ronda nk cari parking. Nsb la ada tu pun depan kedai yang xbuka. Dengan panas terik, memang terbakar tercabar terhangat sume ada.... huh ko ader...

Raya ketiga pegi rmh nenda di Arau utk majlis aqiqah dan korban, 

Aqiqah utk Nurin Aqilah...
Majlis berjalan lancar dengan panas terik.
Pakat tolong menolong satu sama len. 
Besala sekali sekali buat kenduri kendara memang penat dan letih.
Aku ambik part buat air dan cuci pinggan, lap pinggan, dll. 
 Dalam jam 5ptg majlis berakhir dengan khemah pinggan sume siap disimpan.

Memandangkan malam tu sume yg kerja keyel nk balik tempat masing2. So kena settle semua la. 

Alhamdulillah selamat semua. 

Perancangan nak buat Famili day Hassan & Co,

kena roger maksu perancangan selanjutnya,
................................................ 










Friday, March 19, 2010

Kami bersama Payung Emas....

Hr Khamis, kenduri rmh m.lang timah iaitu Kenduri Kahwin K.ti n Zaidi... Ramai tetamu yang datang hr kenduri. Kami yang mai pun menjadi Tetamu TerHORMAT jgk... Kami beridang kami makan then menjadi penyambut tetamu org mai kenduri.

Walaupun hr sangat panas terik, 3 jag Air Bandung dah kami minum.... Dibuat khas oleh abg sepupu kami, b.wan anak wa ya. Chayalah b.wan. Wah dahaga sungguh kami. Sambil duk tgu tetamu mai tu kami pun lepak2 lah kami-kami. duk tu pengantin lelaki mai, dekat kul 3 br dia mai. Penat kami tgu...

Dah pengantin duk mkn kami pun p la posing2 bilik pengantin... Macam2 ada kt ctu...






:::Anisazizi baby:::

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

:::Raikan Cinta:::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Renungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...