Showing posts with label KMS. Show all posts
Showing posts with label KMS. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

~Mesyuarat katanya~

Posto Posto... Masuk keja terus dapat surat setelah 3 bulan cuti bersalin...

Notis panggilan Mesyuarat Pengurusan Perpustakaan Gunasama Zon Tengah PNM pada 22-23 November 2016 di PNM KL.

jommm sapa mau p keyel.... Last sekali aku Lindah N Suganiah dan Kak Ayu pergi mesyuarat itu..

Hari pertama sampai dengar taklimat Literasi Media dan Maklumat dari PNM officer. Sesi petang kami pi melawat Sasana Kijang Bank Negara. Kat situ ada Knowledge Management Centre means BNM punya perpustakaan. Lepas tu pegi melawat Museum Art Gallery Sasana Kijang dalam bangunan yg sama jgk. 

Meronda dalam PNM Smart Library

Wefie dlu seround...

Su and Kak Ayu

Ehsan dr Google. Sasana Kijang Bank Negara

KMC Sasana Kijang Bank Negara

One two three....Posee...

Anis dan Kak Ayu
Museum Art Gallery.... Money2

Kak Ayu dalam Terowong Sejuta...

Marilah menabung bersama Bank Negara

This is Miss Suganiah Si Kijang tu ckap...

Wefie dalam Terowong Sejuta.

Cop Duit sendiri...






Saturday, March 19, 2016

~KMS APC 2016~Tahniah Kak Marhayu Mohammad~

Assalammualakum dan Salam 1 Malaysia...

TAHNIAH DAN SYABAS KAK AYU....

Tarikh: 18 Mac 2016
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan Antares KMS
Masa: 2.30 - 4.30 ptg.











Saturday, April 18, 2015

Festival Nasi Ambeng... Must Try....

Hari sabtu datang lagi.... Hari ini aku n kleha n klindah dah gathering kuar sama gi festival tu.... Ni geng wifey kuar dating.... Perjalanan ambil masa dalam kurang sejam la jugak ke kampng Baghuris Sepang. Dengan usaha kakleha call kawan dia sebab nk tunjuk homestay tu.. Kami berjaya sampai. 



Ada bermacam gerai jualan makanan n jual baju n tudung. Ada jugak pentas, pameran dari JKNN, FAMA dll. 

Lunch kami dengan nasi ambeng la apa lagi. Xsempat nk snap nasi ambeng kami makan, lapar sangat... Alhamdulillah... 

Masa kami tgh makan sedang berlangsung pertandingan memancing...  Ada yg dapat ikan puyu dll... 

Lepas tu kami lepak kejap tgk diorang mancing, then kami gerak ke Pantai Bagan Lalang sebab kakLindah belom penah sampai lagi. Sempat singgah rumah leeya dan bawak skali pantai... Seronokk dok main2 dengan baby arissa yg bambam comelll...  Lepak sembang gosip kejap kt kerusi sambil menikmati angin pantai. Panas jugak time tu tp kami dok tempat teduh bawah pokok. Dalam jam 5 petang kami pon gerak balik.

Have a nice weekends yallls...









Friday, April 10, 2015

Majlis APC KMS 2014....

Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat APC 2014....
Majlis diadakan di Amverton Cove Pulau Carey sama macam tahun lepas.... Hari Jumaat
Lepas Jumat jam 2 kami gerak ke Amverton. 
Sedap jugak makanan yg di Amverton ni.

Antara yg dapat APC ialah
PEK Azarina
En Azlan Makmal Sains
Qamarul Badri Admin
Musa Admin
Shah HEP

Tahniaahhh APC 2014.



Round the table.... PEacceee!!!

dengan En Salleh... TP KMS... Mesra dan baik hati... wakaka....

Thursday, January 29, 2015

Melaka Friendly Match Part 2

Awal pagi tu kami semua bangun awal untuk game netball.... Semangat nak men netball.... 
 
Posing sebelom game.....


Action candid....

KMS vs KMM

KAMI MENANG BERGAYAAA.....

My jersey.....

Nasib x mnyebelahi kami... Kami kalah dgn KMM. Tapi kami sangat tak puashati mereka bermain... Dah la kami turun awal kt padang.... Diorang lambatttt... Dah la ajak student mai main skali.... 
Ini tidak Adil Tidak Adil Tidak Adil

p/s: sakit kaki sampai dua minggu belom lega... penangan main netball 10thn lebih xmain....

Tuesday, January 27, 2015

Friendly Match KMS - KMM Part 1

Huhhhh sakit kaki belom reda... sebab main netball nih. 
Minggu lepas warga KMS yang terlibat dengan Bola Sepak Badminton Bowling Netball telah turun ke Melaka untuk Perlawanan Persahabatan. Kebanyakan staf sokongan pergi naik bas bersama Tuan Timbalan En Salleh.

Hari Jumaat jam 4.45ptg kami bertolak ke Melaka dengan bas kolej. Perjalanan mengambil masa 2 - 3 jam jgk la.
First place kt Melaka kami singgah Mahkota Prade untuk game Bowling. Ramai juga join Bowling termasuk aku. Main 1 nama tapi 2 orang yang baling nye.. iaitu Kak Saemah dan Jain. Ok la game kami tu. Jom layan photos... 
Kredit photo to Jain n Kak Yati.










Lepas game tu kami bertolak ke KMM untuk tido. Kami staf perempuan ditempatkan di Rumah Tamu Perempuan. Kami ada 11 org staf perempuan.
Badan dah letih semua tido lenanyaaa....

p/s : See Part 2 ye....


Sunday, January 18, 2015

Netball friendly-KMS

Dah seminggu start men netball kat KMS ni... sebab ada friendly dgn KM Melaka. Tetiba plak ada friendly... Huk Huk Huk... kami staf wanita ni pon bersediala wat team semua.... so terbentukla Team Netball KMS... Ak terjoin skali la sebab nk memenuhi pemintaan ramai... Cewahh... 

Ok semua berjalan lancar kami punya training walaupon ada yang xmahir lagi tapi in sha Allah masa berlatih ada lagi. Kami pon betukar posisi men netball ni... Kami start training jaln 5pm smpai 6.15pm. 

Nak dijadikan story, besalah lama xturun bersukan... Macam2 penyakit la datang... Lenguh kaki, sakit badan, sakit pinggang, kaki terseliuh dll... Ada dikalangan kami sampai demam2 gara-gara training netball.

Semoga training kami berjalan dgn baik dan friendly match kami nnti berjalan lancar dan kami MENANG...

Huhuhu sebab main sukan semua ni perlulah mencari barangan keperluan sukan seperti KASUT SUKAN & SELUAR SUKAN.... Yeahhh tgh google nak cari kasut netball...





PSST: See u next post....

Wednesday, September 10, 2014

APC 2013: Tahniah ANIS... tumbs UP

Alhamdulillah bersyukur atas kurniaanNya. Banyak betul berita gembira tahun ini... Begitu juga rezeki tahun ini.
Terima kasih kepada Puan Boss Kak Mila untuk Unit Perpustakaan KMS ni dan kawan2 unit.
Mula berkhidmat di Perpustakaan KMS ni pada tahun 2010 dengan library tunggang langgang sebab KMS ni baru lagi beroperasi. Masa tu dengan Watie je sebab Kak Mila belom masuk lagi sebab belom settle bab pertukaran. Dengan berOT malam bergilir dgn Botak Fandi BgMizi BgWan.. Macam2 dugaan. 
Pagi Isnin kalau xsilap dapat call dari puan CC yang bgtau aku dapat APC. Wahhh gembira bersyukur sangat. Segala kerjaku dihargai. Ni ikut jejak langkah KakLeha n KakIzra dapat APC thn sebelumnya..
Majlis APC ni diadakan di Amverton Cove & Golf Club Pulau Carey seperti gambar dibawah. 
Hari: Jumaat
Tarikh: 05 Sep 2014 
Masa: 3.00 - 4.30 pm.
credit to http://www.amvertoncove.com/home.html
Tempat yang sangat cantik pemandangan padang golf.
Penerima APC diwajibkan naik bas kolej. Petang Jumaat tu semua warga KMS wajib pergi ke Amverton untuk meraikan majlis ni bersama-sama.

Tahun ni 7org staf Sokongan yang dapat.
Aku, KakNormah, Erwin, BgIkmal, Naim, BgMizi, Azlan. Pakaian nnti kena pakai blazer. Nasib malam tu sempat pergi cr blazer. Dekat Uptown Shah Alam je pon... Baju aku pakai baju kurung masa Konvo hr tue. hhee jarang pakai so pakai je la jimatt... 

Jom layan pic. Apa pon syukur alhamdulillah. 
Terima Kasih Tuan Pengarah... mata dok fokus kamera... kikiki....

Saya dapat Sijil, Plak Letak Pen, Sijil Premium BSN

My supporters, Library Bestt

Kami penerima APC 2013

Abadikan kenangan bergambar beramai2 staf sokongan wanita sahaja

Sesi outdoor: U all mmg bestt

Angin bertiupan sangat seronok

Hi-Tea hokey

Shomel2 semua... tumpang sekaki..... ayat NAK JUGAK!!

Sesi monopod : Peace yooo!!

Geng Makmal Sains: Sangat sporting

Penerima KMS APC 2013... TAHNIAHHH!!!!!!



:::Anisazizi baby:::

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

:::Raikan Cinta:::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Renungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...