Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Tuesday, March 28, 2017

~Happy 8 month sayang ibu~

Alhamdulillah 27.03.2017 genap Razin 8 bulan aka 240 hari lebih kurang. Semoga Razin terus membesar dengan sihat dan kuat.

IBU SAYANG RAZIN


Razin dah boleh duduk. Ibu yang dudukkan. Boleh la stay sampai 2 minit. Pastu meniarap makan laju kejar sana sini. Masuk dalam walker pon laju jer bergerak. Semua barang kena letak tinggi. Kalau tidak semua dicapai dan baling merata-rata. Mulut pon macam-macam bunyi dah... Abbaaaa Mamamama... Tututu.... Aaaaa... Semua ada. 

Bab makan pula... 6 bulan sampai 7 bulan pula ibu bagi makan puri sekali sehari. Puri carrot, puri ubi kentang, puri keledek, puri brokoli, puri buah peas, puri pisang, puri kurma susu, puri betik, puri epal. 


Untuk campur dengan bubur, puri bayam, puri jagung, puri kacang buncis. Masuk 7 bulan, ibu buatkan bubur campur puri sayur dan puri buah. Alhamdulillah Razin boleh makan semua ibu masak. 





GOOD BOY DARLING


Masuk ke 8bulan ni ibu akan tambah serbuk ayam dalam bubur Razin bersama cheese dan sayuran. Alhamdulillah so far Razin makan juga. Senang keja ibu.



Tuesday, February 14, 2017

~Cucu Kedua Chaq Mud dan Tok Bib~Hannah Insyirah~

Alhamdulillah kakfar selamat bersalin tgahri tadi. Baby girl sihat semua dan cukup sifat.
14.02.2017 : Hari Selasa : PPUM

Welcome new member baby Hannah. Dah sepasang cucu Mak Abah. 

Aku pon ambik cuti la nak sambut anak menakan baru. Lepas hantar Razin p taska. Breakfast dgn suami dah gerak ke PPUM. 






Sunday, January 1, 2017

~Happy New Year 2017~


Alhamdulillah tahun 2017 bersama keluarga kecil saya bertiga dengan suami dan baby.



Masuk bulan ni Razin 6 bulan hjg bulan ni. Kejap je dah 6 bulan. Dah kena siapkan nak bagi makan.

Dah siap google fb semua cara buat puree buah dan sayuran.







Friday, November 25, 2016

Happy Anniversarry 5th Niszie~Razin 4 month

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia...

Happy Family Till Jannah
Tanggal 25 November 2016 cukup la 5 tahun usia perkahwinan kami... Anis dan Zizi. 
Ulangtahun kali ini amat bermakna dengan kehadiran si kecik anak pertama kami Syafiq Razin bin Sazizi. Alhamdulillah. Syukur dengan segala anugerah terindah ini.

Semoga ikatan perkahwinan kami di jalan yang diredhai Allah. 
Semoga perkahwinan kami kekal sampai ke jannah. 





Syafiq Razin 4 bulan.
Happy Family Till Jannah

Friday, August 19, 2016

Anugerah Terindah~Syafiq Razin

Alhamdulillah 
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah ....

Salam Jumaat... hari ke 23 berpantang setelah selamat melahirkan putera sulung pertama pada hari Rabu Jam 6.26 pagi 27 Julai 2016 bersamaan 22 Syawal 1437H di Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis.

Alhamdulillah baby sihat dan cukup sifat. Ibu pun selamat dah sihat. 

Nama saya SYAFIQ RAZIN BIN SAZIZI


Tuesday, January 5, 2016

~Buku Pink dan Klinik Kg Bandar Banting~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

Lepas balik dari Ganu hari Ahad, so decide pegi klinik buat buku hari Selasa. Pagi tu kami breakfast kemudian ke Klinik Kg Bandar. Alhamdulillah xberapa ramai orang sgt. 

Sampai kaunter bgtau nurse nk buka buku pink. Dia minta IC suami dan isteri. Pastu ikut nurse tu pegi satu bilik nk isi maklumat kat buku pink. Dia xminta pulak sijil nikah, bil air bagai. Maybe sebab bawa suami sekali kot. Lepas tu tunggu nak ambik darah untuk cek HIV test, talasemia dan jenis darah. Satu tabung uji kecik dia cucuk. Hermmm redha. Alhamdulillah HIV test talasemia negative. Ok kemudian pegi makmal untuk air kencing (cek mengandung positive kot). 

Lepas balik dr makmal bawa buku pink masuk ke bilik rawatan untuk jumpa doktor. Soal itu ini. Ok alhamdulillah xde pening muntah2. Just letih dan penat badan dan xlalu makan. Doktor tnya makan vitamin apa aku cakap acid folic. So lepas ni doktor suh consume obimin. Masa baring doktor scan perut.. Alhamdulillah dah nampak si kecik dalam rahim. Masa ni 9 weeks. Kemudian ambik ubat dan boleh balik. 




Aminn... Lol.



Friday, January 1, 2016

Happy New Year 2016....

Assalamualaikum selamat tahun baru 2016.... Semoga tahun baru ini memberi seribu makna...




Permulaan yang baik bagi tahun 2016. Tak reti nak mula kan dr mana.... Anis dan Suami sangat bersyukur dan gembira perkhabaran yang baik ini. 


Wednesday, January 29, 2014

Assalammualaikum baby....

Tahniah diucapkan kepada kakmaie dan suraya. Sepupu belah mak yang baru dapat baby girl dalam bulan Jan 2014 ni. Alhamdulillah baby sihat belaka dan comel. Semoga menjadi anak yang solehah. Amin. Jom tgk gambar 2 baby girl ni.

Nuha binti Firdaus
24 Jan 2014
Hosp Besar Kangar Perlis


Hari pertama lahir....
 Hari pertama lahir....

Hari ke-7  lahir....

Sofea Hana binti Mohammad Firdaus
14 Jan 2014
Hospital Besar Kangar Perlis



 

:::Anisazizi baby:::

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

:::Raikan Cinta:::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Renungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...