Wednesday, May 25, 2016

Hello 3rd trimester...

Assalam dan Selamat pagi.... Moh kita updatez la....

Alhamdulillah dah sampai 3rd trimester pregnant. Pagi kemarin ada temujanji cek up baby di Klinik Kg Bandar. Selepas breakfast dgn hubby aku gerak p klinik. Boleh tahan orang ramai jgk la.

Dah panggil nama pegi makmal mcm biasa kencing dan cek hb darah. Alhamdulillah semua ok. Turn masuk jumpa nurse pulak ambik berat dah 69.5kg uoalsss.. JM Noraini kata berat nek lebih 1.5kg... (huuu pulakkk). Pastu dia buat penerangan pasal baby kuning cara-cara dia dll. Nurse bgtaw dah boleh start kira pergerakan baby. Hari2 kena tanda. Bulan lepas dh kena cucuk kancing gigi dos 1. Smalm kena cucuk dos kedua. Hari ini rasa-rasa lenguh kt tempat cucuk. 


Kemudian kena jumpa doktor untuk scan baby. Ok tunggu kejap pastu nurse panggil masuk. Doktor cek semua pastu dia suruh baring nk scan. Scan pastu doktor cakap "Uri kat bawah bahaya ni...". Aku pon cuak la. Tnya baby boy ke? Eh xnmpak pula dia ckap. Ok fine. Pastu dia sahkan aku kena "Pelvis Stevia" iaitu uri bawah tahap III dan IV pulak tu. Dia nasihat jgan nek tangga n buat kerja berat. Ermm  pastu saya nk balik Perlis khamis ni. Tak boleh dia cakap kalau ada pendarahan kena segera ke hospital. Kalau bleeding bahaya ibu dan baby. Lagi la aku cuakkk... Pastu dia wat appointment dengan hospital banting nk scan detail uri ni dok kat mana? Allahuakbar YA Allah permudahkan segala urusan. 
30 mei 2016 hr ahad pegi cek up kt Hosp Banting.. (masa ni ada kat Perlis da). Dalam doktor xbagi balik pon boleh terfikir kar kampung dah masa appointment tu. Habis mcm mana nih. Saya kena balik kenduri adik kahwin. Nak balik nak balik. Pastu mintak suggestion kt mn boleh scan lagi klu p private. Klu p hosp gov mesti kena tahan wad. Doktor cakap u boleh try la pegi. Aku pon keluar la dr bilik rawatan tu and pegi ke farmasi dan ambil ubat. 

Dalam kereta call hubby bgtau semua dan kena p scan tgk tahap mana. Alhamdillah nasib hubby boleh cuti jgk. Sampai rumah ambik hubby gerak p Putrajaya Klinik Azalea Dr Azimah dulu keja Hosp Metro Banting skrg dh bukak klinik sendiri. Aku pon dah wassap Dr Azimah nk walk in pegi klinik dia. Dah call and buat appointment.  Ok dah sampai klinik ok la. Tgu kejap daftar kt kaunter n tgu depa panggil. 

Masa masuk jumpa Dr story la semua2 dan baring nk scan. Dia cakap Uri kat atas lagi. Yg lebihan je kt bawah tu dan xbahaya selagi xtutp pintu servick. Haaaa lega rasa dengar tu. Punya la suspen. Pastu tgk baby semua ok sihat dengan scan 3d  4d skali baby tutup muka dgn tangan. Dia dok melintang dalam perut ni. Huhh dh nmpak jantina kaki tangan muka mulut hidung badan jantung dengup semua alhamdulillah. Lama jugak Dr dok godek nk tunjuk muka tp sayang ibu tutup muka. So far Dr ckp ok lagi uri kt atas, klu ada pendarahan segera ke hospital. Dan dia nasihat nk balik kg kena slow bawa kereta kt en hubby. Pastu decide nk wat 3d 4d scan kena pindah bilik sebelah dgn Cik Murni. Masa scan pon baby mnguap je sayang ibu ni. Dah nampak muka nya ye sayang. Alhamdulillah xsabar ibu nk peluk kamu. 


 Semoga anak ibu sihat dan baik2 saja sampai bersalin ye. Lepas cek up tu kami gerak pegi makan di Presint 9. Kemudian balik Banting. Kena masih berjaga2 dan jangan lasak takboleh buat kerja berat.

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan
-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن



No comments:

Post a Comment

:::Anisazizi baby:::

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

:::Raikan Cinta:::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Renungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...