Wednesday, January 4, 2012

zaman bercinta vs zaman kahwin

Zaman sekolah


Berkenalan stat tingkatan 4. Lepas SPM br serius dan stat keluar dating. First time jumpa lepas kelas tuition akaun kt depan The Store. Hihiihi time tu la sempat jumpa kang abah tau mampus la.... Pastu stop contact sampai hbs SPM stat contact balik. Jodoh xkemana boleh contact balik.


Tgh tgu result SPM, macam xtvt buat. Mula belajar kelas Komputer. Microsoft Word Excel PowerPoint Publisher Access Paint dll. Habis tu belajar ambik lesen keta. Belajar keta skali dgn hanim dan zirah. Lepas habis exam SPM last paper, esok tu terus kuar first dating.... huhuhu... Time tue nek moto Kriss RE7796. Kenal kenal jumpa pun dalam diam2 jer. Takut abah mak marah klu kuar bgtau dating. Huhuhu....


Zaman diploma


Dapat surat tawaran UiTM Merbok Kedah. Diploma Pengurusan Maklumat selama 3 Tahun. Huh alhamdulillah. Berkat dapat 5A dalam SPM. Syukur. Masa ini Abang tgh keja kt Shah Alam as technician. Cinta Jarak Jauh. Merbok-Shah Alam. Agak perit jgk tahun pertama ni. Jarang jumpa hanya telepon sebagai ganti. Klu raya dapat jumpa p beraya rmh Abang dll. Pastu Abang dah berhenti dan balik kerja kt Perlis. Kerana hatinya sudah terlekat padaku. Mana boleh duk jauh. Rindu rindu rindu tau.... Huh.... Bermula la kisah kenangan dan pengalaman yang manis pahit. Ye lah dh duk dekat. Time diploma dulu tiap2 minggu balik kampung. Sg Petani Kangar dalam 2 3 jam jer. Klu nek bus tu 5 6 jam kot tukar-tukar bas.


Kenangan redah hujan balik dari Merbok-Kangar, Abang dtg dgn Moto Honda KAV6653. Moto ini sangat berguna zaman kami bercinta. 2 3 kali jugak abang dtg ambk Sayang balik. Biasa la time xdak kelas lari balik Kangar la. Kawan dh bg gelaran PBSM (Persatuan Balik Setiap Minggu). Apa2 je la. Janji hati gembira boleh balik tgk mak abah sume.


3 tahun di UiTM Merbok mmg best dan mengajar erti hidup. Kenangan pahit bila purse duit hilang dkt bus station Sg Petani. Time tu balik dgn Zirah sbb air xdak kt Kolej. Huh apa lagi lari balik la. Purse hilang time nk beli air kot terjatuh dari bag. Time tu terus p balai polis Sg Petani. Agak kelam kabut kt balai tu. Bgtau polis tu purse hilang. Dia kata xkan dapat balik. Pastu tgu bas balik Kangar n settle kt Kangar. IC, lesen n duit RM32.00 hilang. Huh agak sedey..... Dugaan hidup....


Zaman degree


Zaman paling best sebab dapat sambung di UiTM Arau. Masa apply degree sanggup tukar xnak sambung kt Shah Alam n ambik kt UiTM Arau BBA Human Resource. Waktu ni mak abah dh jumpa Abang wktu mai beraya di rumah. Alhamdulillah hubungan direstui. Abah mak xcakap apa pon kata tak suka kt Abang. Kami pun terus go on la. Dalam duk belajar dah Sem Kedua, dapat surat interview Pen.Pegawai Perpustakaan di Alor Setar. Abang teman Sayang g interview. Time interview ada 5 6 orang kot. Alhamdulillah selamat interview balik dan tawakkal. Terima Kasih Abang teman Sayang interview. Dalam 2bulan macam tu dapat tawaran kerja yang p interview tu.


Zaman kerja



Selamat bertugas sebagai Pen.Peg Perpustakaan di Perpustakaan Desa Bongor Kudung Perlis. Dalam 9bulan bekerja kt Perlis, dapat tawaran jawatan tetap. Dapat bertugas di Kolej Matrikulasi Selangor. Dalam setahun bekerja kt Banting ni, buat keputusan nk berkahwin. Stat kerja Julai 2009. pastu tetap Mei 2010 sampai sekrang. Alhamdulillah.


Zaman berkahwin




  1. sibuk menjaga makan pakai Abang.



  2. selalu berada disisi Abang



  3. bangun pagi berada disisi Abang



  4. saling sayang dan kasih Abang & Sayang


SEMOGA HUBUNGAN KITA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT. I LOVE U ABANG. MMMUUUAHHH....

4 comments:

  1. indah perjalanan percintaan anis..cheewahhh...
    motor mmg pengangkutan penting dlm percintaan zaman kite dolu2 ye tak..hahaha...

    ReplyDelete
  2. itu je yang mampu kak....untung ada moto..

    ReplyDelete

:::Anisazizi baby:::

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

:::Raikan Cinta:::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Renungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...